fara dayu! »

Isnin, 7 November 2011

7.11.2011

assalamualaikum,
hatiku excited state untuk tiba di ipoh . tepat jam 3.45 pagi ,tibalah aku di terminal medan gopeng . agak cepat juga la kali ni aku sampai ipoh . bas favourite macam biasa la. utama ekspress. selesa, luas, siap boleh baring lagi . dengan harga tiket sebanyak rm40.80 , aku tiba juga di ipoh ni . seminggu tinggal kat rumah eka . sampailah hari raya haji yang pertama . macam2 aku belajar sepanjang tinggal kat rumah eka . for example : menganyam ketupat , buat wantan , pergi pasar borong beli barang yang tak pernah aku jumpa . raya pertama , keluarga eka + aku , selaku anak angkat la kiranya , makan berjemaah selepas solat raya . macam2 ada . lemang , ketupat , rendang ayam daging .perghhhhh. walaahhhhh beb . lepas itu , tibalah kemuncak malam nya, sebelum nak berangkat ke ipoh . dari rumah aku dan family eka naik hilux menuju ke terminal kuantan . eyeyyeyyeye . dari kuantan-temerloh-jengka-slim river-medan gopeng .
semalam kan , aku jalan2 tesco , beli beg domo , pergi karoke dengan eka . berdua je. lebih aman . lepas tu kan , aku pergi mcd . sampai petang lepak sana .tiba2 , seorang lelaki ala2 mat saleh memberi salam di meja kami ,bila pertama kali aku memandang wajahnya secara live . huhhh . mimpi ke ni . dah la terus duduk sebelah aku . bak kata eka, macam 15 kali date dah . ahahaha

Rabu, 26 Oktober 2011

aku jatuh cinta lagi

26.10.2011..........
lagi 2 hari nak final . huh .
emangnya scary .
debar sangat la .
takut sangat .
apa aku nak jawab dalam exam nanti .
takut lah .
jatuh cinta lagi????
dengan siapa????
huh .
dia serius lah .

Ahad, 28 Ogos 2011

hoiii

seronok hidup merantau ni , umur aku 18 tahun ni baru la aku merasa hidup sendiri , berdikari semua, bagi aku perjalanan hidup aku ni best , aku rasa bebas sgt bila duk jauh2 ni . tapi adab2 aku jagalah . bebas tu bukan bermakna bebas sepenuh nya. nak gaul laki girl bebas camtu . ntah la. aku duk pahang ni aku jadi tak suka nak bergaul ngan laki . so , perempuan je lah keliling aku , bagus la mcam tu kan , tak ada unsur fitnah akan timbul , ok2.lagi pun pergaulan bebas ni harus dielakkan .lagi2 umur kita sekarang 18 . tgh kemuncak MENGGATAL la katakan . tergedik sana sini .harap2 aku jauh dari sikap itu . aku duk jauh2 ni pun aku boleh matang kan diri aku. budak bilik aku sendiri kata aku matang sebab cara pengurusan diri , cara aku bersembang ngan dorang , aku gelak bila dorang cakap camtu . mana tak nya. aku rasa diri aku cam budak2 lagi . manja . haha. that's me. !! ok...

Sabtu, 27 Ogos 2011

opsss!!!

ok2 marah aku eh kepada sesiapa yang suka buka blog fara ni . hahaha. lekk luu . tak da . bukan tak nak update , cuma aku sibuk sejak 3 bulan ni . yela. aku sekarang kan tengah belajar. kat mna? dekat je . tu haa . nun pahang sana tu . kat pantai timur . GAMBANG . tau gambang . bukan gam_ang eh . ahaha. huh .selama 18 tahun aku hidup , ni 1st time duk kat asrama . memang kejutan hidup la bagi aku .tapi alhamdulillah aku tak homesick . tapi kekadang tu ada la sikit . kehidupan aku kat sana boleh2 je la. kelas dari pukul 8 pagi sampai 5 petang . hari2 woo. penat tau . biasala tu kan. jadua memang padat. balik je pukul 5 terus doommm atas katil. malam berjaga (terpaksa) sebab nak siap kan assignment , lab report , study apa yang patut (tu pun ada yang tak paham) . subjek aku biasa2 je . cewahhh bajet je biasa. bila exam nganga . huhu .subjek yang aku tak suka semua la. biologi, kimia, math, fizik . boring . mana tak nya kat sekolah pun dah belajar . haha. tu la. dapat uitm kos ladang tak nak pergi . tak pe , kejap je pun kat matrik ni . setahun . *harap2 la* fara boleh fara*.

nak tahu pasal roomate aku ?
ok la. malas nak cer lebih bab aku tak suka menaip tapi ni pun saja2. aku boleh dikatakan rapat gak ah ngan roomate .eka, yan tu lah diorang . suka menggila . otak pun kekadang tak betul . macam aku la . memang kami di takdirkan untuk sebilik . memang kecoh bilik wooo . kalau gelak tak ingat dunia . kitorang suka ketuk pintu bilik budak depan . pukul 2 3 pagi memang time kitorang la . tak tido lagi . g ketuk pintu bilik budak dpan uh . sabor je deme. hahah .kalau korang nak tau , aku jarang tidur atas katil aku . bukan takut , malas nak kemas . tapi aku yan eka memang suka tido sekatil . bukan la 1 katil . tapi gabung la katil tu kan . emmm . best2 . aku suka tidur tengah . tapi kena tahan la. dorang memalam suka peluk aku .adushhh . rimas pun ada .tak pe sabor je. tak tau knapa? lagi2 si yan tu . memang suka peluk aku . nth apa yg seronok nya . perghhhhh . lepas tu aku ni jenis cepat sedar . bdk 2 ekor ni memang suka bangun lambat . eka tu plak antara yang memang setiap hari bangun 7 pagi dan keatas la . aku ni dah macam mak orang dah dok menjerit suruh bangun . adoiii liat sungguh mereka2 ini . time bulan puasa ni lagi best , sbb aku plak yang dera depe . aku yang liat nak bgun .

pasal budak kelas .
ok . aku modul 1 . kuliah 5 . tutor 5M1S4 .guru kelas? mana ada . haishh ingat sekola ke . ketua kelas aku dhiya . bukan perempuan . tapi lelaki . m.dhiyauddin . smart kan nama tu . mak bapak dia yang bagi lah . orang bentong . udah2 lebih plak pasal dia . penolong plak rara . bukan fara eh . tapi razanah . amboii klasik nama dia .bdk kelas aku 20 orang je. setiap hari kami 1 kelas akan bersama setiap masa . dorang ni boleh tahan la . seronok dapat kenal ngan dorang . gila2 .aku pun naik risau ngan dorang bab takut gila betul2 . dorang nie hebat2 orangnya .dari SBP, SMA n sebagainya .ngeri pun ada .emm tu jela. malas nak taip .

pasal blok kat matrik .
act , matrik aku sekarang ni semakin menyeramkan . risau aku . haritu kena curi . blok aras aku paling kuat kena curi . dekat 10 laptop n hp hilang .lepas tu kes sebelum balik raya kecoh bdk blok C kena rogol. huhhhh. apa nak jadi ni .

masa nak balik ke ipoh .
okk. ni saat yang dinantikan . memang best gler time ni . aku ngan 2 orang lagi bdk perak akan berangkat ke ipoh naik bas utama ekspress . bus nya agak selesa la juga .besar tempat duduknya. lepas habis kelas hari jumaat tu , aku terus balik bilik . kemas2 pack barang . lpas zohor je aku dah turun , terus tunggu kat dpn pintu masuk naik bas tambang ngan 2 lagi bdk ni . disebabkan tiket tolak kul 9 malam , kitorang decide pegi shoping . jalan2 la kat ECM tu . lepas tu dah kul 6.30 ptg , kitorang jalan kaki g TOMYAM TERMINAL bab nak buka puasa . makan kat situ agak berpatutan la harganya . sedap pun sedap . rasa makan kat hotel pun ada. epas tu dekat kul 8 malam kitorang gerak g surau buat jamak sekali . lepastu dah pukul 9 malam , kitorang g ah kumpul kat platform 4 . naik la bas . begitulah cer nye. dalam bas keja aku makan je . 7 jam weyh dalam bas . berhenti 1 tempat rehat je . itu pun aku turun aku beli pau daging . aku makan keropok , cekedis , toblerone. mana tak tembam aku dibuat nye. tapi dalam bas aku ada tertidur gak . sedar2 aku nampak tangga banyak ngn tokong hindu , nak tau kat mna? batu cave la . lepas tu nampak klcc. lepastu langsung aku tak tido dah . makan makan n makan. ahah.emm. gitu la cer nye . ok lah . aku penin g dok taip2 ni . ok2. nanti aku sambung agi eh . bai.......

Sabtu, 9 April 2011

last MINUTE


assalamualaikum.....


sudah sekian lama aku tidak "mengepost" cerita2 sepanjang perjalanan hidup aku buat masa kini. bukan apa sedikit kemalasan telah melanda diri aku. jadi tanggal sembilan haribulan empat tahun dua ribu sebelas , satu KARNIVAL MARA telah berlangsung di IPOH PARADE. dah ramai suruh pergi, aku pun buat keputusan nak pergi. ALAMAKKKKK. nak naik apa?? transpot dah la tak da. huh. fikir fikir fikir. ajak la dayah. ok ON. dayah ok. lepastu sembang2 chat dayah buat muka sedih. aku sudah dapat meneka pasti tidak jadi. akhirnya memang tepat ramalan ku. ingat nak pergi AHAD. rancang nak jumpa Farah sekali. aduhhhh. tidak kesampaian lah. so,tiba2 teringatkan si fariz a.k.a aris ekia. dia le tumpangkan kami. rancang last minute ni. si fariz kata nak gerak pukul 2. aku dan dayah segera lah bersiap .mesej2 cakap gerak pukul 2.30.ok. aku dah tercongok kat rumah dayah pukul 2.29. tunggu punya tunggu tak sampai2 si kancil silver ni. perghh tepat 3.10 baru le si kancil ni sampai. ok . buat muka slumber dan tidak bersalah. mana tak nye. first time naik kereta sekali dengan member laki. huh. redha je la. dah le. malas aku nak bercerita panjang. biar la simpan dalam ingatan aku je. act, ada part lawak. tapi tak pe la. aku n mereka2 je tau. ok , kat bawah ni ada sedikit cebisan gambar . selamat melihat!!




sebelum berangkat

driver



penumpang2



terjumpa nana yang sudah berkaca mata


yan yang bersemangat isi borang


singgah marrybrown sebentar


makan benda lah ni je


okay! itu sahaja. bai!!

Sabtu, 5 Mac 2011

CInTA SI zomBA daN . . . .

Air embun membasahi pepohon hijau . Pagi yang indah nan damai disertai serpihan hujan malam tadi telah melewatkan lena si Zomba . ZOMBA ! Selimut tebal yang diimport dari Jerman serta diperbuat daripada bulu beruang telah dicuri oleh Zomba ketika operasi menyamun di bandar manusia.Zomba telah selamat dilahirkan oleh pasangan manusia yang lebih dikenali dengan nama popular mereka Aiman dan Dayah .




DI SEBUAH KAMPUNG,



Pada suatu malam yang tak berapa nak malam, sedang-sedang sahaja, Dayah telah selamat melahirkan Zomba (* nama asal Zojan* ).







uwekkkkkkk..uwekkkkkkkk.






Tangisan merdu dari seorang bayi yang sungguh mengasyikkan . Tepat jam 12:01 pagi, jelmaan keturunan zombi mengetuk pintu rumah pasangan ini . Belum sempat si Aiman mengiqamatkan bayi sulungnya, Zojan telah terlepas dari pelukkan erat Aiman . Akan tetapi, Zojan sempat disambut oleh zombie yang menceroboh masuk itu . Aiman terpaku melihat zombi itu seolah-olah telah dipukau .




Pada keesokkan paginya, Aiman menceritakan segala-galanya kepada Dayah . Dayah tidak tahu peristiwa malam tadi dek kerana pengsan semalaman setelah puas bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya itu .




"sayang, papa minta maaf... Zojan dah tak da...bukan dah mati tapi malam tadi ada pempuan tua rambut panjang giler rampas anak kita yanggg...tapi kan yanggg perempuan tu ada pakai name tag tak silap papa la...haaaaaaaa... papa ingat..nama dia EZYAN...!!yaaa...Ezyan...sayang tau rupa dia....ish3....macam pelakon cerita hantu kak limah..perghhh..lawa bebeno....."





"apa papa nie....buat lawak pulak,, betul2 la....."






"ok3...papa betul2 la ni...papa mintak maaf yanggg, papa rasa papa kena pukau dengan dia la semalam.. sebab tu senang-senang dia bawa lari anak kita tu..."





"kenapa papa lembab sangat ni!! karate kids la minah tu...sotoi la papa ni...mama sakit tau tak...ingat senang nak beranak ni...mama nak papa cari sekarang anak kita tu...! selagi papa tak jumpa,papa jangan balik rumah ni!! FAHAM!!


(dayah merampus)







Aiman pun pergi keluar dari kampung dengan niat untuk mencari Zojan .






DI SEBUAH PERKAMPUNGAN ZOMBI,






Woii ezyan !! Anak manusia mana kau cilok ni..(ezyan tertawa kecil)..."hekhekhek,anak sahabat karib akulah...kau mana tau...dah dia suruh aku jaga...laki dia penat...biasala...laki dia kan pengetua sekolah...hekhekhek"



Seluruh rakyat jelata mengeliling Zojan . Ezyan mengambil keputusan menamakan Zojan kepada nama lain .




"aku nak panggil nama budak ni ZOMBA!!...wahai sekalian persatuan zombi , aku isytiharkan bayi ini ZOMBA !! awuuuuuuuu




17 TAHUN KEMUDIAN,




Zomba akan mengambil SPKZ (sijil pelajaran kampung zombi) .Zomba yang berada dalam aliran Teknozombi bercita-cita untuk menjadi arkitek . Itulah satu-satunya kerjaya yang diagung-agungkan masyarakat zombi . Zomba merupakan anak yang baik dan sering patuh kepada Ezyan . Ezyan yang ini sudah berusia 109 tahun masih gagah berlumba basikal sehinggakan dia dianugerahkan gelaran "Raja Pecut" ketika Le Tour de Zombi . Segala hasil kemenangannya hanyalah untuk Zomba .




Pada suatu malam ketika kelas tambahan, seorang pelajar perempuan daripada keturunan manusia telah masuk ke kelas Zomba . Perempuan itu telah memperkenalkan dirinya .




"hye guys ! my name fara but you all can call me Ayu ."




Zomba ternganga melihat Ayu .Sebenarnya Zomba tidak faham sepatah haram pun apa yang diperkatakan Ayu . Yang dia faham cuma Ayu . Biasalah sekolah Zomba cuma belajar lukis-lukis sahaja . Mana ada belajar bahasa asing . Lalu , Ayu duduk di kerusi di hadapan Zomba . Hanya rupa paras mereka berdua sahaja sempurna . Yang lain semuanya diselaputi tepung seperti sudah bersedia untuk digoreng rangup . Selepas tamat kelas tambahan , Zomba pergi ke arah Ayu . Nasib baik Ayu pandai bertutur bahasa Melayu . Bak kata pepatah , "bahasa jiwa bangsa". Zomba mempelawa Ayu menaiki basikal milik Ezyan . Basikal yang telah diubahsuai dengan enjin RSV4 itu telah menarik hati Ayu .Lalu ,mereka pulang bersam-sama . Sepanjang perjalanan pulang , Ayu menceritakan segala-galanya tentang kehadiran Ayu di Kampung Zombi itu .




"awak , saya sebenarnya manusia yang telah diculik oleh zombi Zul . Semasa dia nak culik saya , saya sedang nyenyak tidur . Bila saya sedar je , saya dah ada kat kampung ni . Zombi Zul baik . Tapi bila saya tanya kenapa culik saya , dia bagitau yang dia cuma nak otak saya je . Entah apa masalah dia tak tau la . Saya pula macam hilang ingatan je . Tapi dia janji dengan saya kalau tak nak otak saya kena makan , dia suruh saya pergi sekolah dan dapat A+ dalam Teknozombi . Jadi saya ikut saja la kemahuan dia ."




Kini barulah Zomba mengerti tentang Ayu yang sebenarnya . Tanpa berfikir panjang Zomba melamar Ayu untuk menjadi kekasihnya . Ayu menerima dengan hati terbuka buat pertama kali dalam hidupnya . Sepanjang perhubungan mereka , kehidupan Ayu dan Zomba sentiasa ceria . Berkat usaha mereka berdua dalam pelajaran , akhirnya telah berjaya mendapat keputusan cemerlang . Pengetua sekolah zombi telah menganugerahkan Ferrari kepada Zomba dan Ayu .




Namun begitu , ketika percintaan mereka sedang memuncak. . . .. . .




Pada suatu malam yang dingin . .. . . .. .




Aiman, bapa sebenar Zomba telah berjaya memasuki perkampungan zombi . Ketika Aiman terpinga-pinga melalui lorong-lorong zombi itu , Aiman terserempak dengan Ayu . Lalu , Aiman bertanya kepada Ayu .




" Assalamualaikum , adik kenal Ezyan tak??




"Owhhh, opah Ezyan?? kenal-kenal...kenapa pakcik??




"Dia ada bela anak laki kan??




"Zomba sorang je la yang dia bela . Kenapa pakcik?? kenal ke Zomba?




"owhh, terima kasih..(terus beredar tegesa-gesa)




Aiman terus berlari ke kawasan perumahan zombi . Mujurlah setiap rumah ada terpapar nama tuan rumahnya . Akhirnya, Aiman terpandang sebuah rumah berwarna celoreng ala-ala pakaian pelatih PLKN . Aiman terbaca papan tanda tersebut tertulis nama Ezyan . Sudah 17 tahun Aiman mencari anak kesayangannya Zojan dan 17 tahun jugalah dia tidak pulang ke rumah nya kerana bertapa di kemuncak air terjun . Lalu, Aiman terus memasuki rumah Ezyan . Mujurlah hanya Zojan seorang sahaja di dalam rumah itu . Aiman telah memberi suntikan ubat tidur untuk 12 jam kepada Zojan supaya anaknya itu mudah dibawa pulang . Namun, Aiman bersyukur kerana urusannya dipermudahkan . Aiman telah memandu Ferrari Zojan untuk pulang .




Apabila matahari mula menegak , Ayu tergesa-gesa menuju ke rumah Zomba . Ayu memanggil nama Zomba , namun panggilannya itu tidak disahut . Tiba-tiba, Ayu teringatkan peristiwa malam tadi . Mungkin pakcik itu telah mengambil Zomba . Ayu berlari ke pantai sambil menangis . Ayu pasrah akan perpisahannya dengan Zomba .




Tiba-tiba kampung Zomba digemparkan dengan kematian Opah Ezyan kerana kemalangan ketika perlumbaan Le Tour de Zombi semalamnya .




Setibanya Zojan/Zomba dirumah sebenarnya serta disertai dengan kehadiran ibu bapanya , Aiman dan Dayah , Zojan dengan rela hati menerima mereka berdua . Zojan tahu akan siapa sebenar dirinya . Kini Zojan hidup bahagia seperti manusia biasa . Namun , cinta Zojan pada Ayu masih tidak pudar . Perhubungan mereka tergantung di tengah jalan . .. . .. . . . . . . . .













p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata . tiada kena mengena antara hidup dan mati .




created by : Ayu...........





Rabu, 2 Mac 2011

^^sotoi!!^^

weyh sotoi la__hp sony ericsson aku yang tak berapa cun tu kan buat hal__bengangnye__eee__aku bela hp ni dari form3 lagi__aku rasa dia sakit la__banyak kali jatuh kowtt__hp nya elok lagi__cuma button atas,bawah,kiri,kanan je dah strok__rrrr__*^_^8
paling teruk jatuh time tu kat tuisyen__aku terlepas dari jari jemariku__yan kawan aku dok usik2 aku__sekali berderai isi2 hp ni_dasar tak tahan lasak __ tuiiii__eemmm__tak apa la__nanti aku beli baru__ huhu __ tu jer nak cer__ cau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...