fara dayu! »

Ahad, 28 Ogos 2011

hoiii

seronok hidup merantau ni , umur aku 18 tahun ni baru la aku merasa hidup sendiri , berdikari semua, bagi aku perjalanan hidup aku ni best , aku rasa bebas sgt bila duk jauh2 ni . tapi adab2 aku jagalah . bebas tu bukan bermakna bebas sepenuh nya. nak gaul laki girl bebas camtu . ntah la. aku duk pahang ni aku jadi tak suka nak bergaul ngan laki . so , perempuan je lah keliling aku , bagus la mcam tu kan , tak ada unsur fitnah akan timbul , ok2.lagi pun pergaulan bebas ni harus dielakkan .lagi2 umur kita sekarang 18 . tgh kemuncak MENGGATAL la katakan . tergedik sana sini .harap2 aku jauh dari sikap itu . aku duk jauh2 ni pun aku boleh matang kan diri aku. budak bilik aku sendiri kata aku matang sebab cara pengurusan diri , cara aku bersembang ngan dorang , aku gelak bila dorang cakap camtu . mana tak nya. aku rasa diri aku cam budak2 lagi . manja . haha. that's me. !! ok...

Sabtu, 27 Ogos 2011

opsss!!!

ok2 marah aku eh kepada sesiapa yang suka buka blog fara ni . hahaha. lekk luu . tak da . bukan tak nak update , cuma aku sibuk sejak 3 bulan ni . yela. aku sekarang kan tengah belajar. kat mna? dekat je . tu haa . nun pahang sana tu . kat pantai timur . GAMBANG . tau gambang . bukan gam_ang eh . ahaha. huh .selama 18 tahun aku hidup , ni 1st time duk kat asrama . memang kejutan hidup la bagi aku .tapi alhamdulillah aku tak homesick . tapi kekadang tu ada la sikit . kehidupan aku kat sana boleh2 je la. kelas dari pukul 8 pagi sampai 5 petang . hari2 woo. penat tau . biasala tu kan. jadua memang padat. balik je pukul 5 terus doommm atas katil. malam berjaga (terpaksa) sebab nak siap kan assignment , lab report , study apa yang patut (tu pun ada yang tak paham) . subjek aku biasa2 je . cewahhh bajet je biasa. bila exam nganga . huhu .subjek yang aku tak suka semua la. biologi, kimia, math, fizik . boring . mana tak nya kat sekolah pun dah belajar . haha. tu la. dapat uitm kos ladang tak nak pergi . tak pe , kejap je pun kat matrik ni . setahun . *harap2 la* fara boleh fara*.

nak tahu pasal roomate aku ?
ok la. malas nak cer lebih bab aku tak suka menaip tapi ni pun saja2. aku boleh dikatakan rapat gak ah ngan roomate .eka, yan tu lah diorang . suka menggila . otak pun kekadang tak betul . macam aku la . memang kami di takdirkan untuk sebilik . memang kecoh bilik wooo . kalau gelak tak ingat dunia . kitorang suka ketuk pintu bilik budak depan . pukul 2 3 pagi memang time kitorang la . tak tido lagi . g ketuk pintu bilik budak dpan uh . sabor je deme. hahah .kalau korang nak tau , aku jarang tidur atas katil aku . bukan takut , malas nak kemas . tapi aku yan eka memang suka tido sekatil . bukan la 1 katil . tapi gabung la katil tu kan . emmm . best2 . aku suka tidur tengah . tapi kena tahan la. dorang memalam suka peluk aku .adushhh . rimas pun ada .tak pe sabor je. tak tau knapa? lagi2 si yan tu . memang suka peluk aku . nth apa yg seronok nya . perghhhhh . lepas tu aku ni jenis cepat sedar . bdk 2 ekor ni memang suka bangun lambat . eka tu plak antara yang memang setiap hari bangun 7 pagi dan keatas la . aku ni dah macam mak orang dah dok menjerit suruh bangun . adoiii liat sungguh mereka2 ini . time bulan puasa ni lagi best , sbb aku plak yang dera depe . aku yang liat nak bgun .

pasal budak kelas .
ok . aku modul 1 . kuliah 5 . tutor 5M1S4 .guru kelas? mana ada . haishh ingat sekola ke . ketua kelas aku dhiya . bukan perempuan . tapi lelaki . m.dhiyauddin . smart kan nama tu . mak bapak dia yang bagi lah . orang bentong . udah2 lebih plak pasal dia . penolong plak rara . bukan fara eh . tapi razanah . amboii klasik nama dia .bdk kelas aku 20 orang je. setiap hari kami 1 kelas akan bersama setiap masa . dorang ni boleh tahan la . seronok dapat kenal ngan dorang . gila2 .aku pun naik risau ngan dorang bab takut gila betul2 . dorang nie hebat2 orangnya .dari SBP, SMA n sebagainya .ngeri pun ada .emm tu jela. malas nak taip .

pasal blok kat matrik .
act , matrik aku sekarang ni semakin menyeramkan . risau aku . haritu kena curi . blok aras aku paling kuat kena curi . dekat 10 laptop n hp hilang .lepas tu kes sebelum balik raya kecoh bdk blok C kena rogol. huhhhh. apa nak jadi ni .

masa nak balik ke ipoh .
okk. ni saat yang dinantikan . memang best gler time ni . aku ngan 2 orang lagi bdk perak akan berangkat ke ipoh naik bas utama ekspress . bus nya agak selesa la juga .besar tempat duduknya. lepas habis kelas hari jumaat tu , aku terus balik bilik . kemas2 pack barang . lpas zohor je aku dah turun , terus tunggu kat dpn pintu masuk naik bas tambang ngan 2 lagi bdk ni . disebabkan tiket tolak kul 9 malam , kitorang decide pegi shoping . jalan2 la kat ECM tu . lepas tu dah kul 6.30 ptg , kitorang jalan kaki g TOMYAM TERMINAL bab nak buka puasa . makan kat situ agak berpatutan la harganya . sedap pun sedap . rasa makan kat hotel pun ada. epas tu dekat kul 8 malam kitorang gerak g surau buat jamak sekali . lepastu dah pukul 9 malam , kitorang g ah kumpul kat platform 4 . naik la bas . begitulah cer nye. dalam bas keja aku makan je . 7 jam weyh dalam bas . berhenti 1 tempat rehat je . itu pun aku turun aku beli pau daging . aku makan keropok , cekedis , toblerone. mana tak tembam aku dibuat nye. tapi dalam bas aku ada tertidur gak . sedar2 aku nampak tangga banyak ngn tokong hindu , nak tau kat mna? batu cave la . lepas tu nampak klcc. lepastu langsung aku tak tido dah . makan makan n makan. ahah.emm. gitu la cer nye . ok lah . aku penin g dok taip2 ni . ok2. nanti aku sambung agi eh . bai.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...