fara dayu! »

Sabtu, 5 Mac 2011

CInTA SI zomBA daN . . . .

Air embun membasahi pepohon hijau . Pagi yang indah nan damai disertai serpihan hujan malam tadi telah melewatkan lena si Zomba . ZOMBA ! Selimut tebal yang diimport dari Jerman serta diperbuat daripada bulu beruang telah dicuri oleh Zomba ketika operasi menyamun di bandar manusia.Zomba telah selamat dilahirkan oleh pasangan manusia yang lebih dikenali dengan nama popular mereka Aiman dan Dayah .




DI SEBUAH KAMPUNG,



Pada suatu malam yang tak berapa nak malam, sedang-sedang sahaja, Dayah telah selamat melahirkan Zomba (* nama asal Zojan* ).







uwekkkkkkk..uwekkkkkkkk.






Tangisan merdu dari seorang bayi yang sungguh mengasyikkan . Tepat jam 12:01 pagi, jelmaan keturunan zombi mengetuk pintu rumah pasangan ini . Belum sempat si Aiman mengiqamatkan bayi sulungnya, Zojan telah terlepas dari pelukkan erat Aiman . Akan tetapi, Zojan sempat disambut oleh zombie yang menceroboh masuk itu . Aiman terpaku melihat zombi itu seolah-olah telah dipukau .




Pada keesokkan paginya, Aiman menceritakan segala-galanya kepada Dayah . Dayah tidak tahu peristiwa malam tadi dek kerana pengsan semalaman setelah puas bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya itu .




"sayang, papa minta maaf... Zojan dah tak da...bukan dah mati tapi malam tadi ada pempuan tua rambut panjang giler rampas anak kita yanggg...tapi kan yanggg perempuan tu ada pakai name tag tak silap papa la...haaaaaaaa... papa ingat..nama dia EZYAN...!!yaaa...Ezyan...sayang tau rupa dia....ish3....macam pelakon cerita hantu kak limah..perghhh..lawa bebeno....."





"apa papa nie....buat lawak pulak,, betul2 la....."






"ok3...papa betul2 la ni...papa mintak maaf yanggg, papa rasa papa kena pukau dengan dia la semalam.. sebab tu senang-senang dia bawa lari anak kita tu..."





"kenapa papa lembab sangat ni!! karate kids la minah tu...sotoi la papa ni...mama sakit tau tak...ingat senang nak beranak ni...mama nak papa cari sekarang anak kita tu...! selagi papa tak jumpa,papa jangan balik rumah ni!! FAHAM!!


(dayah merampus)







Aiman pun pergi keluar dari kampung dengan niat untuk mencari Zojan .






DI SEBUAH PERKAMPUNGAN ZOMBI,






Woii ezyan !! Anak manusia mana kau cilok ni..(ezyan tertawa kecil)..."hekhekhek,anak sahabat karib akulah...kau mana tau...dah dia suruh aku jaga...laki dia penat...biasala...laki dia kan pengetua sekolah...hekhekhek"



Seluruh rakyat jelata mengeliling Zojan . Ezyan mengambil keputusan menamakan Zojan kepada nama lain .




"aku nak panggil nama budak ni ZOMBA!!...wahai sekalian persatuan zombi , aku isytiharkan bayi ini ZOMBA !! awuuuuuuuu




17 TAHUN KEMUDIAN,




Zomba akan mengambil SPKZ (sijil pelajaran kampung zombi) .Zomba yang berada dalam aliran Teknozombi bercita-cita untuk menjadi arkitek . Itulah satu-satunya kerjaya yang diagung-agungkan masyarakat zombi . Zomba merupakan anak yang baik dan sering patuh kepada Ezyan . Ezyan yang ini sudah berusia 109 tahun masih gagah berlumba basikal sehinggakan dia dianugerahkan gelaran "Raja Pecut" ketika Le Tour de Zombi . Segala hasil kemenangannya hanyalah untuk Zomba .




Pada suatu malam ketika kelas tambahan, seorang pelajar perempuan daripada keturunan manusia telah masuk ke kelas Zomba . Perempuan itu telah memperkenalkan dirinya .




"hye guys ! my name fara but you all can call me Ayu ."




Zomba ternganga melihat Ayu .Sebenarnya Zomba tidak faham sepatah haram pun apa yang diperkatakan Ayu . Yang dia faham cuma Ayu . Biasalah sekolah Zomba cuma belajar lukis-lukis sahaja . Mana ada belajar bahasa asing . Lalu , Ayu duduk di kerusi di hadapan Zomba . Hanya rupa paras mereka berdua sahaja sempurna . Yang lain semuanya diselaputi tepung seperti sudah bersedia untuk digoreng rangup . Selepas tamat kelas tambahan , Zomba pergi ke arah Ayu . Nasib baik Ayu pandai bertutur bahasa Melayu . Bak kata pepatah , "bahasa jiwa bangsa". Zomba mempelawa Ayu menaiki basikal milik Ezyan . Basikal yang telah diubahsuai dengan enjin RSV4 itu telah menarik hati Ayu .Lalu ,mereka pulang bersam-sama . Sepanjang perjalanan pulang , Ayu menceritakan segala-galanya tentang kehadiran Ayu di Kampung Zombi itu .




"awak , saya sebenarnya manusia yang telah diculik oleh zombi Zul . Semasa dia nak culik saya , saya sedang nyenyak tidur . Bila saya sedar je , saya dah ada kat kampung ni . Zombi Zul baik . Tapi bila saya tanya kenapa culik saya , dia bagitau yang dia cuma nak otak saya je . Entah apa masalah dia tak tau la . Saya pula macam hilang ingatan je . Tapi dia janji dengan saya kalau tak nak otak saya kena makan , dia suruh saya pergi sekolah dan dapat A+ dalam Teknozombi . Jadi saya ikut saja la kemahuan dia ."




Kini barulah Zomba mengerti tentang Ayu yang sebenarnya . Tanpa berfikir panjang Zomba melamar Ayu untuk menjadi kekasihnya . Ayu menerima dengan hati terbuka buat pertama kali dalam hidupnya . Sepanjang perhubungan mereka , kehidupan Ayu dan Zomba sentiasa ceria . Berkat usaha mereka berdua dalam pelajaran , akhirnya telah berjaya mendapat keputusan cemerlang . Pengetua sekolah zombi telah menganugerahkan Ferrari kepada Zomba dan Ayu .




Namun begitu , ketika percintaan mereka sedang memuncak. . . .. . .




Pada suatu malam yang dingin . .. . . .. .




Aiman, bapa sebenar Zomba telah berjaya memasuki perkampungan zombi . Ketika Aiman terpinga-pinga melalui lorong-lorong zombi itu , Aiman terserempak dengan Ayu . Lalu , Aiman bertanya kepada Ayu .




" Assalamualaikum , adik kenal Ezyan tak??




"Owhhh, opah Ezyan?? kenal-kenal...kenapa pakcik??




"Dia ada bela anak laki kan??




"Zomba sorang je la yang dia bela . Kenapa pakcik?? kenal ke Zomba?




"owhh, terima kasih..(terus beredar tegesa-gesa)




Aiman terus berlari ke kawasan perumahan zombi . Mujurlah setiap rumah ada terpapar nama tuan rumahnya . Akhirnya, Aiman terpandang sebuah rumah berwarna celoreng ala-ala pakaian pelatih PLKN . Aiman terbaca papan tanda tersebut tertulis nama Ezyan . Sudah 17 tahun Aiman mencari anak kesayangannya Zojan dan 17 tahun jugalah dia tidak pulang ke rumah nya kerana bertapa di kemuncak air terjun . Lalu, Aiman terus memasuki rumah Ezyan . Mujurlah hanya Zojan seorang sahaja di dalam rumah itu . Aiman telah memberi suntikan ubat tidur untuk 12 jam kepada Zojan supaya anaknya itu mudah dibawa pulang . Namun, Aiman bersyukur kerana urusannya dipermudahkan . Aiman telah memandu Ferrari Zojan untuk pulang .




Apabila matahari mula menegak , Ayu tergesa-gesa menuju ke rumah Zomba . Ayu memanggil nama Zomba , namun panggilannya itu tidak disahut . Tiba-tiba, Ayu teringatkan peristiwa malam tadi . Mungkin pakcik itu telah mengambil Zomba . Ayu berlari ke pantai sambil menangis . Ayu pasrah akan perpisahannya dengan Zomba .




Tiba-tiba kampung Zomba digemparkan dengan kematian Opah Ezyan kerana kemalangan ketika perlumbaan Le Tour de Zombi semalamnya .




Setibanya Zojan/Zomba dirumah sebenarnya serta disertai dengan kehadiran ibu bapanya , Aiman dan Dayah , Zojan dengan rela hati menerima mereka berdua . Zojan tahu akan siapa sebenar dirinya . Kini Zojan hidup bahagia seperti manusia biasa . Namun , cinta Zojan pada Ayu masih tidak pudar . Perhubungan mereka tergantung di tengah jalan . .. . .. . . . . . . . .













p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata . tiada kena mengena antara hidup dan mati .




created by : Ayu...........





Rabu, 2 Mac 2011

^^sotoi!!^^

weyh sotoi la__hp sony ericsson aku yang tak berapa cun tu kan buat hal__bengangnye__eee__aku bela hp ni dari form3 lagi__aku rasa dia sakit la__banyak kali jatuh kowtt__hp nya elok lagi__cuma button atas,bawah,kiri,kanan je dah strok__rrrr__*^_^8
paling teruk jatuh time tu kat tuisyen__aku terlepas dari jari jemariku__yan kawan aku dok usik2 aku__sekali berderai isi2 hp ni_dasar tak tahan lasak __ tuiiii__eemmm__tak apa la__nanti aku beli baru__ huhu __ tu jer nak cer__ cau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...